WAKTU MELAWAT

Unit Rawatan Rapi mempunyai polisi waktu melawat seperti yang dinyatakan dalam buku ini. Anda tidak perlu berada setiap masa di unit rawatan rapi . Kami mempunyai kumpulan
perubatan yang terlatih dalam penjagaan orang yang anda sayang dan kami akan menghubungi anda, jika terdapat perubahan yang berlaku terhadap perawatan dan keadaan pesakit dari masa ke semasa. Anda diminta untuk menunggu di bilik menunggu sebelum waktu melawat bagi memastikan perawatan dan prosedur dapat dilakukan terhadap pesakit. Waktu melawat yang ditetapkan adalah:-

Hari Isnin - Ahad
1 tengah hari hingga 2 petang
5 petang hingga 8 malam

Hari Kelepasan Am
12 tengah hari hingga 2 petang
5 petang hingga 8 malam

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk. Hanya dua orang pelawat dibenarkan dalam satu masa.

Untuk masuk ke Unit Rawatan Rapi, sila tekan loceng di hadapan pintu masuk. Pastikan anda membawa kad pelawat setiap masa apabila berada di dalam wad. Anda boleh dapatkan kad pelawat dari pengawal di hadapan pintu masuk unit rawatan rapi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.