MAKLUMAT KEPADA AHLI KELUARGA

Bahagian ini memberikan maklumat untuk memastikan dan memberitahu di mana anda perlu mendapatkan bantuan sebagai panduan apabila anda memerlukannya. Seorang pesakit mungkin di unit rawatan rapi kerana kemalangan, penyakit, atau untuk rawatan setelah pembedahan, dan saudara-mara dan rakan-rakan akan bimbang tentang mereka. Melawat pesakit di unit rawatan rapi untuk kali pertama boleh menjadi sangat menyedihkan. Pesakit mungkin disambungkan kepada beberapa mesin dan alatan dan pesakit akan kelihatan sangat berbeza dari keadaan diri mereka yang sebenar.

Permulaan Hari di Unit Rawatan Rapi
Ahli keluarga anda telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana badan pesakit tidak boleh berfungsi seperti biasa. Jika pesakit tidak mendapat bantuan khas, dia mungkin boleh bertambah serius dan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka atau mereka boleh meninggal dunia. Apabila pesakit mula-mula dimasukkan ke ICU, ia adalah perkara biasa apabila anda berasa tidak berdaya dan terdesak untuk mengetahui segala-galanya tentang peluang pesakit untuk pulih. Walau bagaimanapun, pesakit memerlukan masa untuk dipulihkan di mana badan pesakit telah mengalami beberapa masalah yang mungkin bertambah teruk. Pesakit akan diberi ubat tahan sakit atau sedatif untuk  membantu proses penyembuhan. Jika anda mempunyai soalan tentang apa yang sedang dilakukan, meminta kakitangan yang bertugas untuk menjelaskan rawatan yang diberikan.
Mereka akan menjawab soalan anda, tetapi mereka tidak akan memberikan anda harapan palsu mengenai keadaan orang yang anda sayang. Kakitangan boleh menjelaskan apa yang mereka lakukan dan mereka akan memaklumkan kepada anda mengenai rawatan yang telah pesakit terima dan rawatan yang dirancangkan kepada ahli keluarga anda

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.