STAF DI UNIT RAWATAN RAPI (ICU)

Doktor
Dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) terdapat seorang pakar perunding yang mengetuai pasukan doktor. Pakar Perunding dan pasukan mereka biasanya memeriksa setiap pesakit dan membuat keputusan tentang rawatan dan penjagaan yang pesakit perlukan. Terdapat
juga kakitangan lain dengan mereka, doktor dan pasukan mereka akan menghabiskan masa dengan pesakit setiap hari untuk melihat bagaimana kemajuan pesakit. Doktor yang pakar dalam bidangbidang lain juga datang melawat pesakit. Mereka adalah doktor perubatan, pembedahan atau ortopedik yang melihat pesakit sebelum dia dimasukkan ke unit rawatan rapi. Doktor ini akan merawat pesakit lagi apabila pesakit dipindahkan ke wad asal (Wad pada awal kemasukan).
Jururawat
Di ICU, seorang jururawat akan menjaga satu pesakit. Jururawat anda akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam penjagaan orang yang anda sayang, pada peringkat awal, jururawat akan menghabiskan kebanyakan masa mereka di sisi katil pesakit. Mereka juga akan bekerja dengan profesional lain, seperti doktor atau ahli fisioterapi, untuk memastikan pesakit menerima rawatan yang betul dan jagaan yang diperlukan. Jururawat melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan sendiri oleh pesakit, termasuk yang berikut:- 
  • Mengambil ujian darah biasa 
  • Memberi pesakit ubat-ubatan dan cecair yang telah ditetapkan
  • oleh doktor
  • Mencatat tekanan darah, kadar jantung dan tahap oksigen
  • Melakukan sedutan cecair dan lendir dari dada pesakit menggunakan tiub sedutan 
  • Mengubah posisi pesakit di katil setiap beberapa jam untuk mengelakkan  mereka mendapat tekanan /luka pada kulit 
  • Membersihkan gigi pesakit dan melembapkan mulutnya dengan span basah 
  • Mandikan pesakit di katil
  • Menukar pakaian pesakit
  • Menukar stoking elastik pesakit, yang boleh digunakan untuK membantu peredaran apabila pesakit tidak aktif (masih berbaring) untuk masa yang lama
  • Meletakkan titisan di mata pesakit untuk memudahkan matanya berkelip
Pakar pemakanan
Seorang pakar pemakanan akan melawat orang yang anda sayang untuk memastikan keperluan pemakanan dan bagaimana cara pengambilan makanan tersebut. Pesakit boleh makan melalui tiub nasogastric (tiub yang masuk melalui hidung pesakit dan ke dalam perut) atau, jika pesakit tidak boleh mempunyai makanan di dalam perutnya, pesakit boleh makan melalui titisan terus ke dalam vena mereka.

Fisioterapi

Semasa pesakit berada di unit rawatan rapi, pesakit akan dilawati dan dirawat oleh fisioterapi. Mereka akan cuba untuk memastikan paru-paru pesakit tidak tersekat oleh mukus/kahak dan menjalankan fisioterapi di dada anda. Mereka juga akan mengerakkan
lengan dan kaki pesakit yang sedang tidur untuk memastikan otot pesakit bekerja dan untuk menghentikan sendi menjadi kaku. Jika pesakit disambungkan kepada mesin untuk  membantu pernafasan di ICU, fisioterapi akan memberi latihan untuk membantu menguatkan paru-paru dan otot pernafasan supaya pesakit boleh bernafas tanpa mesin seperti keadaan pesakit semasa sihat. Ini juga akan mengurangkan peluang pesakit mendapat jangkitan paruparu. Ahli fisioterapi juga membantu anda dengan senaman untuk
bangun dan duduk di tepi katil. Apabila pesakit sudah bersedia, mereka akan membantu untuk bangun dan bergerak berulang kali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.