MEMBANTU STAF


Ahli keluarga kebiasaannya merasakan keperluan untuk melibatkan diri dalam menjaga pesakit untuk pulih. Anda mungkin boleh untuk membantu dengan melakukan perkara seperti memberus gigi mereka atau mengurut atau menyapu serta melembapkan tangan dan kaki pesakit dengan losyen. Bantuan ini boleh diberikan bergantung pada keadaan pesakit dan bantuan ini tidak boleh diberi setiap masa tetapi jika anda mahu untuk membantu minta jururawat untuk ada bersama anda. Anda boleh membantu jururawat bertugas dengan memilih seorang ahli keluarga atau saudara yang paling rapat dengan pesakit sebagai wakil untuk dihubungi. Jururawat akan memberitahu ahli keluarga dan saudara yang paling rapat bagaimana keadaan pesakit dan wakil tersebut boleh menyampaikan maklumat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga yang lain. Ini akan menjimatkan masa Jururawat untuk menerangkan maklumat yang sama kepada saudara mara yang lain. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.