Mungkin ada kalanya kakitangan meminta anda untuk meninggalkan pesakit. Ini kerana beberapa prosedur perubatan yang hendak dilakukan mungkin tidak menyenangkan dan boleh mengganggu anda. Ia juga memudahkan kakitangan melakukan tugasan mereka. Jika pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan (pada mesin pernafasan), jururawat perlu kerap membersihkan lendir dan cecair dengan melakukan sedutan menggunakan tiub yang kecil ke dalam tiub pernafasan untuk menyedut mukus/kahak. Prosedur ini agak bising dan boleh menyebabkan pesakit batuk atau muntah. Cecair yang diberikan kepada pesakit untuk memastikan mereka tidak kering dan ia boleh membuat mereka kelihatan sedikit bengkak. Ini adalah perkara biasa dan pesakit akan kelihatan lebih baik.
Kelakuan pesakit
Jika pesakit di ICU telah diberi sedatif, sedatif akan beransur-ansur dikurangkan jika keadaan pesakit bertambah baik. Proses ini dipanggil ’Weaning process”. Bergantung kepada bagaimana keadaan sakit, ubat yang pesakit perlukan dan berapa lama mereka telah menerima ubat pelali. Untuk “weaning process” boleh mengambil tempoh beberapa jam atau mengambil masa beberapa hari. Semasa proses ini, pesakit akan mengantuk dan keliru, terutama di peringkat awal, tetapi ia adalah satu langkah yang perlu dan ia menunjukkan pesakit dapat menjalani proses ini dengan baik. Kakitangan biasanya melakukan yang terbaik untuk menjaga pesakit dan menerangkan kepada anda mengenai apa rawatan yang diberi dan mengapa kepada pesakit. Jika perlu, kakitangan akan menerangkan kepada anda (ahli keluarga/waris) jika ada pilihan dalam rawatan pesakit.
Jika ada apa-apa yang anda tidak faham atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai
keadaan pesakit, sila minta kakitangan membantu anda. Jika anda tidak berpuas hati dengan penjagaan yang diberikan kepada pesakit dan anda tidak boleh berurusan melalui kakitangan ICU, anda boleh menghubungi Pegawai Kejururawatan yang akan membantu anda.
Jika pesakit adalah pasangan anda
Jika pesakit adalah pasangan anda, sudah tentu anda berasa sangat bersendirian. Adalah perlu untuk menerima bantuan daripada rakan-rakan dan keluarga. Anda akan mempunyai
masa yang kurang untuk melakukan perkara-perkara seperti membeli belah dan penjagaan anak - anak.
Selalunya, apabila seseorang dalam keadaan bimbang dan tertekan, pasangan adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan sokongan. Jika anda merasa seperti keadaan ini, anda boleh meluahkan kepada ahli keluarga yang lain tentang
kebimbangan anda dan apa yang mungkin berlaku. Anda boleh mendapatkan bantuan dari Pegawai Perhubungan Awam dan bertanyakan mengenai Komuniti Kumpulan Sokongan.

Pastikan bahawa bil-bil anda sedang dibayar dan jika anda perlu mendapatkan akses kepada akaun bank pasangan anda, hubungi bank dan jelaskan keadaan yang anda alami
sekarang. Anda mungkin boleh untuk mendapatkan hak sementara untuk menguruskan akaun sementara pasangan anda tidak mampu untuk berurusan dengan perkara-perkara ini. Jika wang menjadi masalah, hubungi Pegawai Perhubungan Awam untuk maklumat mengenai sebarang bantuan kewangan dan manfaat yang mungkin ada disediakan untuk anda.

Apabila pesakit dipindah keluar dari ICU
Anda mungkin merasa tekanan apabila pesakit berada dibawah jagaan anda selepas melalui keadaan yang kritikal. Jika anda berasa bimbang atau tertekan anda boleh mendapatkan bantuan dan maklumat dari perkhidmatan sosial. Mereka mungkin mampu untuk mengatur kaunseling, supaya anda boleh bercakap dengan seseorang tentang apa yang telah berlaku dan apa yang anda alami.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.