PENGENALAN

Buku ini mengandungi nasihat dan maklumat mengenai penjagaan Rapi. Ia menerangkan kepada anda bagaimana penyakitkritikal yang dirawat dan apa pemulihan boleh dilakukan. Tidak semua pesakit akan mengalami perkara-perkara ini, tetapi mereka lebih cenderung untuk mengalaminya jika mereka berada di unit rawatan rapi selama lebih daripada  beberapa hari.

Maklumat dalam buku ini disediakan untuk saudara-mara dan pelawat. Dengan membaca buku ini, anda akan mengetahui apakah pemulihan pesakit yang diberikan dan ia akan menjawab kepada beberapa persoalan yang mungkin anda ingin tanyakan. Penyembuhan merupakan proses yang perlahan dan mengambil masa yang panjang. Tempoh pesakit tinggal di ICU bergantung pada tahap penyakit yang dialami dan ia mengambil masa beberapa hari dan mungkin bulan. Apabila pesakit beransur sembuh, mereka akan dipindahkan ke wad utama (wad pada awal kemasukan) Salah satu perkara yang paling menakutkan adalah tidak mengetahui apa yang berlaku dalam keadaan kritikal. Buku ini tidak boleh menjawab semua soalan-soalan anda, tetapi ia akan membantu anda bagaimana ingin mendapatkan maklumat lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang komen mengenai buku ini, saya ingin mendengar daripada anda. Lawati blog saya www.icuinfo.blogspot.com atau anda boleh e-mel komen anda kepada icuinfoum@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.