This blog will provide about Information for family members of patients admitted in the ICU
MENCEGAH JANGKITAN
Pesakit yang sakit tenat mungkin mempunyai kesukaran untuk melawan jangkitan dan keadaan ini boleh menjadi sangat serius. Jururawat dan kakitangan perubatan yang lain akan melakukan tugas sebaiknya untuk memastikan pesakit dilindungi. Anda boleh juga membantu dengan membasuh tangan anda dengan menggunakan cecair anti-bakteria atau gel yang disediakan. Di sekeliling unit ini telah disediakan cecair tersebut dan sila gunakan sebelum anda pergi berhampiran atau menyentuh pesakit. Anda juga harus meminta pengunjung lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika saudara anda sedang berada dalam bilik pengasingan, anda mungkin perlu memakai sarung tangan dan gaun untuk mengelakkan penyebaran jangkitan. Sebelum meninggalkan bilik, sila letakkan gaun dan sarung tangan anda ke dalam tong sampah yang disediakan di dalam bilik dan membasuh tangan anda. Kakitangan akan menerangkan kepada anda mengenai apa yang anda perlu lakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.